Tuesday, 4 September 2012





AGENSI PEKERJAAN JBM SDN. BHD.
(NO. SYARIKAT:  911986-U) & (No. LESEN JTK : 2416) 
TB. 547, TINGKAT 1, BLOK A, TACOLN COMMERCIAL COMPLEX,
JALAN HAJI KARIM, 91000 TAWAU, SABAH.
TEL. 089-777600 FAX:  089-773900   H/P:  0138580687, 0138865662 & 0138782592.

PENGENALAN

Agensi Pekerjaan JBM Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Jun 2010. Penubuhan Agensi ini adalah sebagai menyahut dan menyokong usaha kerajaan di dalam melaksanakan Dasar Baru Ekonomi bagi meningkatkan taraf ekonomi kaum bumiputera. Pihak kami melihat bidang Sumber Tenaga Manusia ini mempunyai potensi yang cerah untuk dijadikan sebagai satu peluang perniagaan dan secara langsung menyumbang kepada perkembangan sektor perladangan di Sabah amnya.

Dengan adanya modal insan yang berpengalaman di miliki oleh agensi ini, kami yakin dapat memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.

Penggunaan sistem pentadbiran dan kewangan yang kemas serta teratur dilihat mampu membantu agensi ini untuk mencapai matlamatnya menjadi usahawan Bumiputera yang berjaya.

Diterajui oleh personel yang berpengalaman luas dan latar belakang pendidikan yang baik, agensi ini dijangka mampu memberi perkhidmatan yang cemerlang dan memberi pulangan yang lumayan untuk memastikan agensi ini terus maju di bidang pengrekrutan sumber manusia.

Kapasiti kewangan yang dimiliki dan sumber bantuan yang boleh didapati dengan segera sekiranya diperlukan, dilihat mampu melancarkan segala urusan agensi ini.

Agensi ini juga menggunakan sistem IT (Information Technology) sepenuhnya dalam pengurusan pentadbiran dengan pihak yang terlibat bagi memudahkan segala urusan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efisien. Penyimpanan data yang selamat memudahkan  rekod dapat dikemaskinikan dengan mudah dan dapat membantu majikan dalam proses pembaharuan dan sebagainya.

Laman web juga akan diwujudkan untuk memudahkan perhubungan dengan pelanggan agar lebih cepat dan tepat.



TAWARAN PERKHIDMATAN

Agensi Pekerjaan JBM Sdn. Bhd menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :

·                     Membekal dan merekrut tenaga kerja asing dari Indonesia
·                     Mendokumentasi pekerja sedia ada ( Legalization/ Standby Worker )
·                     Memperbaharui jaminan PL(KS) / Renewal dan Work Permit


Di samping itu, pihak Agensi juga komited dan bersedia membantu Majikan bagi melancarkan proses merekrut tenaga kerja asing untuk perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :

·                     Menyediakan kertas perjanjian “Demand Letter”
·                     Memohon kelulusan kuota untuk majikan
·                     Memohon lesen Buruh
·                     Mengendali pemeriksaan kesihatan / Growarisan
·                     Dan lain-lain perkhidmatan




TAWARAN PEKERJAAN OLEH SEKTOR AWAM DAN SWASTA

Sumber Tenaga kerja asing yang telah direkrut bersedia untuk diserapkan ke pelbagai bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor ekonomi Awam dan Swasta mengikut spesifikasi serta kriteria dalam bidang seperti berikut :

·                     Perladangan
·                     Perkilangan
·                     Pembinaan
·                     Pembuatan
·                     Pembalakan
·                     Perkhidmatan
·                     Pembantu Rumah ( Amah )
·                     Dan lain-lain


Dengan adanya pengurusan yang sistematik dan teratur, kos membawa masuk pekerja asing ke negeri ini dapat diminimakan serta mampu mengisi kekurangan tenaga kerja di semua sektor ekonomi. Matlamat kami adalah untuk memajukan serta menggerakkan ekonomi Negara berdasarkan skop perniagaan yang lebih kompetatif serta berdaya saing terutamanya dalam bidang penyediaan sumber manusia.            Di samping itu pengambilan buruh asing merupakan satu alternatif yang utama untuk mengisi kekurangan tenaga kerja tempatan yang sangat kritikal pada masa kini dalam sektor perladangan dan pembinaan.