AGENSI PEKERJAAN JBM SDN BHD
Wednesday, 12 September 2012
Tuesday, 4 September 2012
AGENSI PEKERJAAN JBM SDN. BHD.
(NO. SYARIKAT:
911986-U) & (No. LESEN JTK : 2416)
TB. 547, TINGKAT 1, BLOK A, TACOLN COMMERCIAL COMPLEX,
TB. 547, TINGKAT 1, BLOK A, TACOLN COMMERCIAL COMPLEX,
JALAN HAJI KARIM, 91000 TAWAU, SABAH.
TEL. 089-777600 FAX:
089-773900 H/P: 0138580687, 0138865662 & 0138782592.
PENGENALAN
Agensi Pekerjaan
JBM Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Jun 2010. Penubuhan Agensi ini
adalah sebagai menyahut dan menyokong usaha kerajaan di dalam melaksanakan
Dasar Baru Ekonomi bagi meningkatkan taraf ekonomi kaum bumiputera. Pihak kami
melihat bidang Sumber Tenaga Manusia ini mempunyai potensi yang cerah untuk
dijadikan sebagai satu peluang perniagaan dan secara langsung menyumbang kepada
perkembangan sektor perladangan di Sabah amnya.
Dengan
adanya modal insan yang berpengalaman di miliki oleh agensi ini, kami yakin
dapat memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.
Penggunaan
sistem pentadbiran dan kewangan yang kemas serta teratur dilihat mampu membantu
agensi ini untuk mencapai matlamatnya menjadi usahawan Bumiputera yang berjaya.
Diterajui
oleh personel yang berpengalaman luas dan latar belakang pendidikan yang baik,
agensi ini dijangka mampu memberi perkhidmatan yang cemerlang dan memberi
pulangan yang lumayan untuk memastikan agensi ini terus maju di bidang
pengrekrutan sumber manusia.
Kapasiti
kewangan yang dimiliki dan sumber bantuan yang boleh didapati dengan segera
sekiranya diperlukan, dilihat mampu melancarkan segala urusan agensi ini.
Agensi
ini juga menggunakan sistem IT (Information Technology) sepenuhnya dalam
pengurusan pentadbiran dengan pihak yang terlibat bagi memudahkan segala urusan
dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efisien. Penyimpanan data yang selamat
memudahkan rekod dapat dikemaskinikan
dengan mudah dan dapat membantu majikan dalam proses pembaharuan dan
sebagainya.
Laman
web juga akan diwujudkan untuk memudahkan perhubungan dengan pelanggan agar
lebih cepat dan tepat.
TAWARAN PERKHIDMATAN
Agensi Pekerjaan
JBM Sdn. Bhd menawarkan
perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :
·
Membekal dan
merekrut tenaga kerja asing dari Indonesia
·
Mendokumentasi
pekerja sedia ada ( Legalization/ Standby Worker )
·
Memperbaharui
jaminan PL(KS) / Renewal dan Work Permit
Di
samping itu, pihak Agensi juga komited dan bersedia membantu Majikan bagi
melancarkan proses merekrut tenaga kerja asing untuk perkhidmatan-perkhidmatan
seperti berikut :
·
Menyediakan kertas
perjanjian “Demand Letter”
·
Memohon kelulusan
kuota untuk majikan
·
Memohon lesen Buruh
·
Mengendali
pemeriksaan kesihatan / Growarisan
·
Dan lain-lain
perkhidmatan
TAWARAN
PEKERJAAN OLEH SEKTOR AWAM DAN SWASTA
Sumber
Tenaga kerja asing yang telah direkrut bersedia untuk diserapkan ke pelbagai
bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor ekonomi Awam dan Swasta mengikut
spesifikasi serta kriteria dalam bidang seperti berikut :
·
Perladangan
·
Perkilangan
·
Pembinaan
·
Pembuatan
·
Pembalakan
·
Perkhidmatan
·
Pembantu Rumah (
Amah )
·
Dan lain-lain
Dengan
adanya pengurusan yang sistematik dan teratur, kos membawa masuk pekerja asing
ke negeri ini dapat diminimakan serta mampu mengisi kekurangan tenaga kerja di
semua sektor ekonomi. Matlamat kami adalah untuk memajukan serta menggerakkan
ekonomi Negara berdasarkan skop perniagaan yang lebih kompetatif serta berdaya
saing terutamanya dalam bidang penyediaan sumber manusia. Di samping itu pengambilan buruh
asing merupakan satu alternatif yang utama untuk mengisi kekurangan tenaga
kerja tempatan yang sangat kritikal pada masa kini dalam sektor perladangan dan
pembinaan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
